Assalamualaikum wbt..
Tidaklah menjadi satu kesalahan jika seorang ibu mahukan susu ibu yang banyak dan pekat. Itulah namanya naluri keibuan dan seorang ibu pastinya hanya mahukan yang terbaik untuk si manjanya.
Tidak menjadi kesalahan juga jika seorang ibu mengambil supplement / milk booster tetapi pengambilannya perlu seiring dengan usaha untuk mengosongkan payudara kerana ianya sangat penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply dan demand yang mana sangat penghasilan susu ibu.
Bagaimana Tamar Cocoa membantu dalam penyusuan susu ibu?
Para ibu memerlukan tenaga yang banyak dalam memberi bayi kerap susu / kerap pam / mengosongkan payudara maka di sinilah peranan Tamar Cocoa. Tamar Cocoa adalah sumber pembekal tenaga berpanjangan yang baik kerana mengandungi khasiat kurma dan koko. Apabila si ibu mempunyai tenaga yang mencukupi maka semua urusan akan lebih lancar tanpa si ibu merasa letih.
Seperti yang ramai antara kita yang tahu, kurma mengandungi protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, zat besi dan kalsium yang mampu membantu menghasilkan susu ibu yang baik dan berkualiti. Kerana ini ibu yang menyusukan disarankan supaya mengamalkan minuman Tamar Cocoa itu melancarkan penghasilan susu ibu.
Petua tambah susu
1. Makan habbatus sauda merupakan petua tambah susu ibu yang popular. Boleh juga didapati dalam bentuk kapsul untuk ditelan atau dalam bentuk bijian kecil untuk dimasukkan ke dalam masakan.
2. Banyakkan makan buah kurma kerana kurma kaya dengan protein, serat, glukosa, vitamin A, C dan pelbagai khasiat lagi.
3. Makan ulam-ulaman seperti daun pegaga, pucuk manis, termasuk juga ulam-ulaman dalam nasi kerabu. Sebaiknya dimakan mentah begitu sahaja.
4. Makan oat, keju dan juga susu kambing. Boleh pelbagaikan cara penyediaan samada makan begitu sahaja atau boleh juga dibuat puding atau manisan yang lain.
PERINGATAN!!!
Perbanyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan air untuk si ibu dan bayi mencukupi. Jika air untuk badan si ibu sendiri tidak mencukupi, bagaimana kita sebagai ibu mahu memberi susu kepada bayi kita.
Terima Kasih